sukan

Peluang Malaysia ke final cerah

Laluan Speedy Tigers ke final Sukan Asia Aichi-Nagoya dilihat terbuka luas apabila bekas kapten negara, Datuk Mirnawan Nawawi menyifatkan Korea Selatan sebagai lawan terbaik yang boleh diharapkan Malaysia pada peringkat separuh akhir.

Skuad negara akan berdepan Korea Selatan, Khamis ini selepas menutup saingan peringkat kumpulan dengan rekod sempurna menerusi lima kemenangan.

Mirnawan yang menyarung jersi Malaysia dari 1989 hingga 2002 berkata, prestasi semasa Speedy Tigers memberikan keyakinan bahawa pasukan negara berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran.

Malaysia bukan sahaja memenangi kesemua lima perlawanan kumpulan, malah menghasilkan 34 gol dan hanya melepaskan empat jaringan.

“Malaysia menjaringkan 34 gol dan hanya dibolosi empat gol dalam lima perlawanan. Saya percaya Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran dan mereka tidak mungkin mendapat lawan yang lebih baik daripada Korea Selatan, yang bergelut dalam kejohanan.

“Kami menjangkakan Malaysia sama ada menentang India atau Jepun pada separuh akhir, tetapi Korea Selatan bangkit dengan kuat untuk mara ke separuh akhir.

“Penyerang kita seperti Faizal Saari, Azrai Aizad (Abu Kamal) dan Akhimullah Anuar Esook berada dalam prestasi terbaik untuk menjaringkan gol dalam temasya ini.

“Saya berharap penyerang akan terus menyerlah dan menjaringkan gol pada separuh akhir. Malaysia mesti mampu memberikan aksi terbaik ketika ia paling diperlukan di Sukan Asia,” katanya.

Korea Selatan hadir ke separuh akhir dengan status bukan pilihan selepas bergelut dalam kejohanan dan kini berada di ranking ke-21 dunia.

Mereka juga gagal melayakkan diri ke Piala Dunia di Belgium dan Belanda bulan lalu.

Namun, pasukan itu menunjukkan bahawa mereka masih mempunyai kemampuan untuk mencabar apabila mengejutkan Jepun, pasukan ranking ke-16 dunia, menerusi kemenangan 3-2 dalam aksi terakhir kumpulan.

Keputusan itu memb