sukan

Komen pengendali Vietnam aksi berdepan Malaysia tarik perhatian

Pengendali Vietnam, Kim Sang-sik, memberi amaran bahawa pasukannya tidak akan mengambil mudah pertemuan menentang Malaysia dalam aksi penentuan tempat ketiga Piala ASEAN FIFA 2026 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, esok.

Walaupun kedua-dua pasukan sudah terlepas peluang beraksi di final, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu mahu Vietnam turun dengan persediaan penuh serta mentaliti seperti berada dalam perlawanan penentuan kejuaraan.

Sang-sik menegaskan status aksi tempat ketiga tidak akan mengubah pendekatan pasukannya.

“Walaupun ini perlawanan keempat kami hanya penentuan tempat ketiga, kami akan menghadapinya seperti beraksi di perlawanan final,” katanya.

Vietnam menamatkan saingan Divisyen 1 Kumpulan B di belakang Thailand dan kini perlu berdepan Malaysia yang berada di kedudukan kedua Divisyen 1 Kumpulan A.

Sang-sik pada masa sama menyedari Harimau Malaya melakukan beberapa perubahan dalam skuad sepanjang kejohanan.

Namun, perkembangan tersebut tidak dianggap sesuatu yang perlu diberikan perhatian berlebihan kerana beliau mahu Vietnam memberi tumpuan sepenuhnya kepada persiapan sendiri.

“Mengenai Malaysia, mereka memang melakukan banyak perubahan pada skuadnya. Namun, hal itu tidak berpengaruh bagi kami kerana kami hanya akan fokus pada persiapan kami sendiri untuk perlawanan mendatang.

“Walaupun ini perlawanan keempat kami hanya penentuan tempat ketiga, kami akan menghadapinya seperti beraksi di perlawanan final,” katanya.

Pendekatan tersebut memperlihatkan bahawa Vietnam tidak mahu terperangkap dengan terlalu banyak perubahan atau penyesuaian berdasarkan barisan pemain yang bakal diturunkan Malaysia.

Sebaliknya, mereka mahu memastikan struktur permainan serta perancangan sendiri dilaksanakan dengan baik.

Sang-sik juga sudah mempunyai gambaran mengenai kekuatan Harimau Malaya selepas menyaksikan perkembangan pasukan kendalian Tan Cheng Hoe sepanjang kempen.

Namun, daripada cuba menyesuaikan keseluruhan persiapan berdasarkan lawan, jurulatih itu mahu pemainnya kekal fokus kepada aspek yang berada dalam kawalan mereka sendiri.

Pertemuan esok mempunyai nilai tersendiri buat kedua-dua pasukan kerana ia menjadi peluang terakhir untuk menutup kejohanan dengan keputusan positif.

Malaysia mahu menamatkan kempen sebaik mungkin selepas terlepas tiket ke final, manakala Vietnam pula tidak mahu pulang dengan satu lagi keputusan mengecewakan.

Dengan Sang-sik secara terbuka menegaskan bahawa Vietnam akan menganggap perlawanan tersebut seperti final, Harimau Malaya boleh menjangkakan cabaran serius sejak wisel pertama.

Aksi Malaysia menentang Vietnam dijadual berlangsung di GBK pada jam 5 petang waktu Malaysia.