sukan

TERKINI : Gila ! Pertarungan ke Final berakhir dengan penuh dramatik

MALAYSIA terpaksa berpuas hati menamatkan saingan Kumpulan A Piala ASEAN FIFA 2026 di belakang Indonesia meskipun Harimau Malaya mencatat kemenangan besar 6-0 ke atas Singapura dalam aksi terakhir kumpulan.

Pada masa sama, Indonesia menghasilkan keputusan lebih besar apabila membenam Bangladesh 9-2 untuk memastikan perebutan kedudukan teratas hanya dapat dipisahkan menerusi jumlah jaringan keseluruhan.

Malaysia dan Indonesia masing-masing mengakhiri tiga perlawanan dengan tujuh mata.Dua jaringan Indonesia berlaku di betul-betul penghujung perlawanan ketika pemain Malysia sedang meraikan kejayaan,

Lebih menarik, kedua-duanya turut mempunyai perbezaan jaringan sama iaitu +9 selepas tamat aksi terakhir.

Malaysia mengumpul sembilan jaringan tanpa bolos sepanjang saingan kumpulan selepas menewaskan Bangladesh 3-0, seri 0-0 dengan Indonesia dan mengatasi Singapura 6-0.

Indonesia pula menghasilkan 11 jaringan dan melepaskan dua gol hasil kemenangan 2-0 ke atas Singapura, seri 0-0 menentang Malaysia serta kemenangan 9-2 ke atas Bangladesh.

Jumlah jaringan itu akhirnya menjadi pemisah antara kedua-dua pasukan.

Malaysia sebenarnya turun ke perlawanan terakhir dengan kelebihan tipis.

Harimau Malaya berada di puncak kumpulan dengan empat mata dan perbezaan jaringan +3, manakala Indonesia berada di belakang dengan jumlah mata sama tetapi memiliki perbezaan jaringan +2.

Selepas 45 minit pertama, kedudukan sudah berubah apabila Indonesia mendahului Bangladesh 6-1, sementara Malaysia berada 2-0 di depan Singapura.

Keputusan separuh masa itu meletakkan Indonesia secara langsung di atas Malaysia kerana skuad Garuda ketika itu mempunyai perbezaan jaringan +7 berbanding +5 milik Harimau Malaya.

Malaysia kemudian meningkatkan tekanan selepas rehat dan berjaya menambah empat jaringan untuk melengkapkan kemenangan 6-0.

Kemenangan itu membawa perbezaan jaringan keseluruhan skuad negara kepada +9 dan memberikan tekanan besar kepada Indonesia.

Namun, Indonesia turut meneruskan rentak jaringan mereka dengan tiga lagi gol dalam separuh masa kedua.

Bangladesh turut menambah satu gol, menjadikan keputusan akhir 9-2 dan menyebabkan Indonesia juga menamatkan kempen dengan perbezaan jaringan +9.

Dengan mata dan perbezaan jaringan sama serta pertemuan kedua-dua pasukan sebelum ini berakhir 0-0, jumlah jaringan keseluruhan menjadi faktor yang memisahkan mereka.

Indonesia memiliki 11 gol, dua lebih banyak daripada sembilan jaringan Malaysia.

Justeru, skuad Garuda muncul juara Kumpulan A, manakala Harimau Malaya menamatkan saingan di kedudukan kedua.

Bagi Malaysia, kemenangan 6-0 menjadi penutup kukuh peringkat kumpulan, namun ia tetap tidak mencukupi dalam perlumbaan yang akhirnya ditentukan menerusi jumlah gol.

Harimau Malaya dan Indonesia sama-sama menamatkan saingan tanpa kalah, tetapi ketajaman Indonesia ketika membelasah Bangladesh akhirnya memberikan kelebihan kepada mereka dalam perebutan kedudukan teratas.