Skuad Harimau Malaya menerima satu lagi perkembangan positif apabila pemain naturalisasi, Shane Lowry, akhirnya mendapat kelulusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk mewakili Malaysia di pentas antarabangsa.
Perkembangan itu menyaksikan tonggak pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT) berkenaan kini memenuhi syarat kelayakan untuk menyarung jersi kebangsaan selepas melalui proses semakan badan induk bola sepak dunia tersebut.
Berdasarkan laporan terbaharu, nama Lowry telah dikemas kini dalam platform pertukaran persatuan FIFA dengan Malaysia disenaraikan sebagai negara baharu yang layak diwakilinya.
Keputusan Tribunal Bola Sepak FIFA berhubung permohonan pemain berusia 37 tahun itu turut dilaporkan telah diterima Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini.
Kelulusan berkenaan pastinya memberikan lebih banyak pilihan kepada barisan kejurulatihan Harimau Malaya, khususnya dalam usaha memperkukuh benteng pertahanan negara bagi menghadapi kejohanan antarabangsa akan datang.
Lowry bukan nama asing dalam saingan Liga Malaysia selepas menyertai JDT sejak 2021 dan menjadi antara pemain pertahanan berpengalaman dalam skuad Harimau Selatan.
Pemain kelahiran Australia itu turut memiliki pengalaman beraksi di peringkat kelab antarabangsa, termasuk pernah mewakili Millwall, Leeds United, Sheffield United dan Perth Glory.
Sebelum ini, Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman memaklumkan bahawa pihaknya sudah melengkapkan segala dokumentasi berkaitan permohonan Lowry sebelum menyerahkannya kepada FIFA untuk mendapatkan kelulusan.
Ketika itu, FAM hanya menunggu keputusan badan induk berkenaan bagi memastikan pemain tersebut benar-benar layak mewakili Malaysia berdasarkan peraturan antarabangsa yang ditetapkan.
Lowry sebelum ini turut disenaraikan sebagai pemain tempatan dalam skuad JDT bagi musim 2026/2027 bersama dua lagi pemain naturalisasi, Bergson Da Silva dan Manuel Hidalgo.
Bagaimanapun, status sebagai pemain tempatan dalam saingan Liga Malaysia tidak memberikan kelayakan automatik untuk beraksi bersama skuad kebangsaan tanpa pengesahan FIFA.
Bergson dan Hidalgo terlebih dahulu menerima kelulusan untuk mewakili Harimau Malaya sebelum membuat penampilan bersama skuad negara ketika saingan Piala ASEAN FIFA di Indonesia pada September dan Oktober lalu.
Dengan kelulusan terbaharu ini, Lowry kini berpeluang menyertai kedua-dua rakan sepasukannya itu sebagai sebahagian daripada pilihan pemain naturalisasi negara.
Bagaimanapun, kelay