sukan

Info Siaran Langsung Malaysia lawan Brunei

 Skuad bawah 23 tahun negara bakal turun berdepan Brunei petang ini dalam usaha memperbaiki peluang mereka untuk mara ke peringkat kalah mati Kejohanan Piala Mandiri B-23 ASEAN 2025.

Pasukan muda kendalian Nafuzi Zain menghadapi cabaran getir selepas mencatat kekalahan mengejut 0-2 kepada Filipina dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A yang berlangsung di Jakarta.

Kekalahan tersebut menambah tekanan buat Harimau Muda yang kini perlu mencatat kemenangan dalam aksi kedua menentang Brunei. Kegagalan mengutip tiga mata bermakna impian untuk melangkah lebih jauh dalam kejohanan ini akan terkubur lebih awal.

Perlawanan ini dianggap sebagai peluang terbaik untuk Malaysia menebus kehampaan lalu, memandangkan Brunei turut menunjukkan prestasi hambar apabila dibelasah 0-8 oleh Indonesia dalam aksi pertama mereka.

Jurulatih skuad negara, Nafuzi Zain, dalam satu sidang media menegaskan bahawa pasukannya tidak boleh lagi dibelenggu kekecewaan dan harus memperbaiki segala kelemahan yang ada.

“Kita tidak boleh terus kecewa. Kita kena baiki apa yang kurang dan pastikan menang bertemu Brunei,” katanya dengan penuh tekad.

Piala Mandiri ASEAN B-23: Info Siaran Malaysia lawan Brunei

Tarikh: 18/7/2025 (Jumaat)
Saluran: Astro Arena Bola 803, Live Streaming di di Astro GO & sooka
Venue: Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Indonesia
Waktu: 5. 30 petang

Malaysia dijadualkan menutup kempen peringkat kumpulan menentang tuan rumah, Indonesia, yang telah menunjukkan dominasi awal dalam kejohanan ini. Oleh itu, kemenangan ke atas Brunei merupakan keperluan mutlak jika Harimau Muda ingin terus kekal bersaing.