sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

“Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang tak tahu.”

Itu amaran diberikan salah seorang anggota pasukan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) kepada Arena Metro hari ini.

Beliau yang mahu identitinya dirahsiakan buat sementara waktu, bersedia untuk tampil mendedahkan segala kepincangan yang berlaku dalam pasukan itu.

Ujarnya, biarpun pihak pengurusan ada menyelesaikan separuh tunggakan gaji sebelum ini, namun jumlah tunggakan sebenarnya masih lagi banyak dan sehingga kini tiada perbincangan dilakukan.

“Apa yang dibayar sebelum ini hanya separuh sahaja, tapi hakikatnya masih banyak lagi tunggakan yang tertangguh.”Pemain Liga Super tertunggak dalam tiga bulan dan ada juga pemain muda yang tak dibayar selama enam bulan. Tunggakan gaji setiap pemain tidak sama, tetapi jumlahnya agak besar.

“Jadi kami dah tak boleh tahan, sudah sampai ke tahap paling maksima sekarang ini. Jadi kami bersepakat beri tempoh seminggu sahaja untuk membuat perbincangan.

“Jika dalam tempoh seminggu ini masih berdiam diri, kami akan buat satu sidang media untuk dedahkan segalanya. Dengan saya sendiri akan ke hadapan,” katanya.

Jelasnya lagi, beliau hairan bagaimana Liga Bolasepak Malaysia (MFL) masih boleh memberikan kelab itu Lesen Kebangsaan untuk beraksi di Liga Malaysia.

“Macam saya katakan tadi, tahap kesabaran kami sudah hilang. Melebihi maksimum dah, jadi kami tidak mahu berlengah lagi. Apabila mereka (KDN FC) diberikan Lesen Kebangsaan, itu bermakna mereka ada sumber kewangan untuk bertanding.

“Sepatutnya mereka kena jelaskan dulu bayaran sehingga habis, kemudian barulah fikir untuk main di Liga M. Kami ini nak makan apa, tolonglah fikirkan kebajikan kami,” katanya.

sumber:- HM

Pada Khamis lalu, badan bebas First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab MFL memberikan Lesen Kebangsaan penuh buat tiga pasukan termasuk KDN FC, Kuala Lumpur City FC (KL City) dan PDRM FC.

Recent Posts

  • sukan

“Deretan pasukan mahu lawan kita”

KUALA LUMPUR, 17 Jun 2025 – Kemenangan bergaya skuad Harimau Malaya ke atas Vietnam dengan… Read More

6 minutes ago
  • sukan

Pearly Tan dedah ‘surat cinta’ daripada Thinaah

KUALA LUMPUR, 17 Jun 2025 – Enam tahun lalu, di sebalik kesibukan latihan dan persaingan,… Read More

52 minutes ago
  • sukan

Vietnam buru 100 pemain warisan selepas dimalukan Malaysia

HANOI, 17 Jun 2025 – Kekalahan memalukan 0-4 kepada Malaysia dalam aksi kelayakan Piala Asia… Read More

3 hours ago
  • sukan

TERKINI : Perjalanan Indonesia terpadam selepas dibelasah Vietnam

HO CHI MINH CITY, 17 Jun 2025 – Perjalanan skuad muda wanita Indonesia dalam saingan… Read More

3 hours ago
  • sukan

Safawi sah tidak lagi dengan TFC

KUALA TERENGGANU, 17 Jun 2025 – Peminat setia Terengganu FC (TFC) terpaksa 'berpisah' dengan penyerang… Read More

3 hours ago
  • sukan

Saham melonjak, Malaysia laku keras

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Prestasi cemerlang dan corak permainan berkualiti tinggi yang dipamerkan skuad… Read More

7 hours ago